Monday, June 22, 2009

realiti




impian aku!





baru baru ni aku browse blog blog .ada satu blog ni tunjuk khemah transparent and taruk lampu .tapi tak cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!


=(


so,impian aku skrg hanya lah arabian canopy campur chandelier.

=)


baju nikah yang aku suka setakat ini, nak cam Nana AF.simple
tapi sebab maybe body dia cun,so pakai apa pun cantik. (betul ke?)
sooo,kawan kawan..
saya ingin melancarkan program diet-or-no marriage program!
berkuatkuasa 1/7 ini hingga 1/10. (3 bulan ok kot)
ingat, diet atau tak kahwin!
hihihihihihihhihii
mulai 1/7 saya mahu buat aerobik 30 mins satu hari.
makan malam tiada.
=)
jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Saturday, June 20, 2009

i swear i am right.

sedang gigih menguruskan badanku,

mari kawan kawan,
kita buat group menguruskan badan.

=)

Friday, June 19, 2009

jakarta/bandung?tolong?

hello,
saya nak tanya,
shopping kain french lace kat indonesia mmg super murah ke?
i mean,mmg sangat sangat murah dan juga sangat sangat cun ke?
boleh tempah kat sana kan?
lama ke tunggu dia nak siapkan baju?
ada specific tempat tak?

kat bandung ,yang pasar baru tu je ke yang ada french lace mahal?

why do we always hurt the one we love the most?

aku punya kisah cinta ngan junkie bf aku tak la macam cinderella/prince-princess bla bla bla.dah nama junkie. so memang junk la .

aku kenal junkie bf aku dah lama. it's an instant love. maksud aku,tak la cam develop kawan2 dulu ke apa,cam terus minat. and kita teruskan to become lovers.
aku have fun dengan dia.

flashback: aku tak banyak bf. hanya 2 je dalam hidup aku.aku tak mudah bagi cinta. and orang susah nak dapat cinta aku. kawan baik aku penah pesan 'if awak terlalu memberi cinta sangat kat orang, nanti orang yang patut deserved dah tak dapat apa dah'.
aku bukan cakap pasal virginity whatsoever. tu subjektif.
memberi cinta maksud aku ko loving the person as well as care for him.
memberi cinta maksud aku ialah ko sanggup susah hidup senang gembira dengan dia.
memberi cinta maksud aku is sanggup terima dia walaupun dia sesampah sampah2nya.

aku mengaku aku banyak susah senang ngan junkie bf aku.
aku sanggup naik bas malam2 jumpa.
aku takkan buat kat orang lain.
aku jual discman aku kat cash converter utk bagi dia makan.
aku bawak makanan kat dia masa dia jobless sekejap.

until one day,dia kantoi dia cheated kat aku.
cheated stok yang ko takkan maafkan.

tapi aku maafkan,
sebab aku cakap kat Tuhan
'saya akan sayang dia selagi boleh,saya tunggu tuhan yang tarik perasaan sayang tu dan tuhan yang bagi perasaan benci tu'
sebab aku percaya gerak hati/perasaan orang tu semua dah diatur Tuhan.

cth: bila ko nak break up/cerai, dan dan ada org ketiga la/tiba2 ko balik umah ko benci la.bagi aku semua tu dah diatur.

aku benci dia for cheated. tapi aku ckp kat diri aku' wait until God gives you hate,then left him'.

tapi aku rasa Tuhan tak bagi.
and aku sayang dia lagi.

sebelum panggil aku bodoh/bangang/loser/desperate,
aku rasa the whole process ( aku happy-cheated-sayang balik-process) ini adalah untuk aku.
Bagi aku, ni untuk mematangkan aku.
Ko akan realize that sebenarnya ko ni sangat tabah. (bukan semua orang boleh tabah . contoh: ramai org bunuh diri pasal heartbroken).
Ko akan realize that it's hard to love/know someone.
Ko akan realize ko takkan dapat partner yang perfect tapi Tuhan akan bagi perfect dalam keadaan yang setengah2. (cth: ko kuat nangis,bf ko kuat pujuk. ko jenis kelam kabut,bf ko rileks)
Ko akan realize that kadang2 bila ko cuba carik orang baru,benda tak akan sama.

Member2 aku tanya apsal aku x blah,
aku cakap 'aku nak sangat blah, tapi aku tak tinggal orang yang aku still sayang,aku hanya akan tinggal bila aku dah benci'.

bf aku after the whole cheated thingy,
dia dah ok.
maksud aku he changed.
he realized that one will ever love him as much as aku.


aku ada jugak tertanya2 kenapa perasaan dia jugak tak berubah.i mean,kenapa dia still stay dengan aku.
dia still dengan aku.
Tuhan works in mysterious way.
aku percaya semua itu.

tapi pasal kepercayaan? baru 60% je aku boleh bagi.
tapi macam aku kata tadi,ini semua process.teruskan sahaja untuk tahu ending.
jangan time masih sayang ,kamu blah.ending macam tu tak best.
teruskan.selagi boleh. selagi sengsara.

ni movie dari movie aku :
closer
Dan: And you left him, just like that?
Alice: It's the only way to leave. "I don't love you anymore. Goodbye."
Dan: Supposing you do still love them?
Alice: You don't leave.
Dan: You've never left someone you still love?
Alice: Nope.

and i never left someone i still love.

Thursday, June 18, 2009

my perfect family potrait




i should have this one instead of sitting in a studio.hahaha
simpan duit simpan duit





korang pernah rasa tak perasaan ni?

perasaan janggal/akward/tak tau nak cakap apa kalau jumpa korang punya bf/gf punya kawan2 especially time lepak?


aku fail kalau jumpa kawan2 junkie bf aku.
aku ni friendly,tapi jumpa kawan2 bf dia je aku fail.

haih.

kenapa kalau break-up kena gaduh secara public?

aku ada kenal satu couple ni.memang loving doving merpati sejoli lah.
yang gamba kalau kat myspace mesti 900 gamba dia dengan bf dia je.
mmg perfect couple .
perfect maksud aku is diorang ada interest yang sama,kawan2 pon lepak sama2.(kawan kawan bf tu pon kawan gf tu)
pastu stok mak bapak dah kenal.
and diorang dah tunang pon.
diorang ni kapel lebih 5 tahun.

baru2 ni,dorang putus tunang.
aku tak tahu apasal.and aku malas nak tahu.

tapi hari demi hari,
diorang asyik kutuk each other kat status facebook/myspace etc.
stok maki maki pulak tu.

aku faham istilah 'tiada jodoh'.
tapi perlu ke fight each other?
u used to love each other and know?
aku faham korang gado,tapi tak perlu public.
orang akan mengata and end up dua dua nampak bangang.

kalau aku jadik awek/bf tu,
aku disconnected kan diri aku ngan networking punya web ni.
biar la aku lead life senyap2.
tak payah api api kan lagi.

aku tak paham.

am i normal?

am i normal for not having super-duper-luxurious-wedding?
am i normal for not inviting zillion of people to my wedding?
am i normal for not giving bunga telur/kipas/towel/bunga telur at my wedding?
am i normal of thinking of doing a rock n roll theme?

all i know i am normal is ,i want to wear a good muslim bridal wear at my nikah =)
a good white one.

Tuesday, June 16, 2009

daisies and purple

my dream:

1.nikah malam
2. penuh lantern.
3.khemah x banyak sangat.
4.jemput sikit je. very very private wedding.
5.aku nak lagu juno 'anyone else but you' pasang.
6.kad kahwin pakai polaroid pictures of us.
7.dress kahwin baju putih lace lace.
8.inai nak simple je
9.aku nak meja bulat.kalau tak dapat meja bulat..aku nak yang panjang2 satu satu row.
7.bunga kena ada yang purple daisy.

Monday, June 15, 2009

apakah rate hantaran kamu?

aku baru thau yang cousin aku kahwin ngan minah ada master =rm 10k
wow.

so aku assume,kalau aku ada degree rm7k ke?

apa rate hantaran ni actually?

hidup kat malaysia masih susah




aku sedang buat degree kat IPTA tempatan. course aku boleh dikatakan agak 'rare' .


'rare ' maksud aku is masa convo takde lah 800 orang nama 1 course.


dalam 30 orang je course aku.


orang cakap senang dapat keje.




tapi realitinya , kita masih susah hidup di malaysia.


lagi lagi kl.


susah nak dengar ,graduan baru grad terus pakai BMW and rumah semi-d.


rata2 start start pakai kete kancil/kelisa/myvi.


rumah samada sewa or dok ngan mak bapak.


susah geng dok kl.


mana2 duit.




aku rasa zaman sekarang memang tak sesuai kalau anak banyak.


ko bayangkan anak 1 nak hantar nursery yang bagus dalam rm500 (betulkan aku kalau salah).


gaji ko baru lepas degree ,paling tinggi aku boleh bet is rm3k.


so balance ko rm2500. duit kete/sewa umah/ barang dapur/pakaian.


itu kalau dapat rm3k la kan.


kalau rm1200?duh.sedih




aku consider lucky sebab mak ayah aku dah beli rumah kat aku siap2.


adik beradik aku semua dapat satu rumah.


duit asb and bank rakyat mak bapak aku pon dah tukar nama adik beradik aku.


bukan kiteorang nak ,tapi ayah aku ckap dia taknak tgk kiteorang susah nanti.


ayah aku ni kedekut.


sangat kedekut!!!


bday aku pon ayah aku buat derk je.


mintak rm1 kat ayah aku ,macam mintak rm1k.hahahahaha


tapi bila aku besar,baru aku paham kenapa ayah aku save.


ayah aku save untuk anak2 dia.




dan aku rasa aku mewarisi sifa kedekut/jimat ayah aku.


aku nak jaga tv/dvd/komputer/scanner/gadgets lain dalam bilik aku utk pakai nanti.




aku tak nak susah kan dorang. dorang dah banyak laburkan duit kat aku.


itu niat aku,aku x nak guna sangat duit diorang masa kahwin.


tu aku pilih simple.


ayah aku bila dengar aku cakap aku nak simple lagi dia suka .hahahahahahha.


tapi itu la niat aku.




aku ckp kat junkie bf aku 'lepas kahwin kita duduk sendiri ye,biar la sewa bilik ke ,sewa rumah kongsi ke,at least kita ada dignity duduk sendiri'.




walaupun ,mak bapak ko might feel ok ko dok sekali.tapi realitinya, pergerakan terbatas and adik beradik ko mesti akan mengata ko.




(aku penat baru 2 jam belajar ,so aku ngarut)




6 month planning.







1. score



2.thin.



3.save more money






just dont give a shitz about the ppl around u .






remember,takda sapa nak tolong ko nanti..
aku rasa start sem baru ni aku nak buat study tracker.
aku nak keep track and jot down apa yang aku dh baca.
aku nak track test 1 ,test 2 ,test 3 aku .
aku tak tahu aku nak tulis blog for that or what. it just that,aku cuba study tracker yang format dia sama ngan fitness tracker.tapi takde.
=(
ok nak belajar.






dah sampai kan berita




sudah di khabarkan pada junkie bf tentang idea idea gambar junkie wedding kita.


he agree with it.


and the best part 'saya ada camera sendiri,takpayah amek photog luar,saya pandai edit'


=)




i should start saving money kan.




Saturday, June 13, 2009

semua sempurna




my favourites
always will
http://www.rocknrollbride.com/2009/05/youre-the-one-that-i-want/

i bet my junkie bf would love this!!

pop idea





saya punya impian dari kecil is to have a evening wedding.
saya ni minimalis.
saya suka yang simple2.
yang tak 'renyah'.
tak tahu kenapa ,sebab saya ni super kedekut kot.hahahaha.
saya nak saving duit ,untuk apa pon tak tahu.
tapi saya suka malam yang ada lampu lampu.
saya suka pergi fun fair/kl/tasik/ kalau malam2 then ada lampu.
sangat cantik,

saya plan nak buat depan rumah je.
2 khemah,10 meja bulat.
dah!

hahahaha.nikah je.then lepak makan luar.
saya punya baju saya nak buat sendiri sebab nak recycle (kan saya cakap saya kedekut..hihihihihihi).
macam mahal je kalau sewa kat butik (ye ke?entah laa)
saya nak white dress sebab bak kata vogue mag 'you never go wrong with black and white'.
=)

saya suka junkie brides.
i mean macam rock n roll brides.
macam kate moss and pete doherty.
hahahaha.

saya plan saya punya kad kahwin depan tu ,gambar polaroid.macam ni.
belakang taruk alamat je.hahahaha.style poskad.
kalau tak tahu alamat, saya plan nak taruk kat bawah invitation tu
--> download google earth for the map.
lantak lah my uncle+aunts nak cakap apa.
hari kita kan.
hihihihihi




korang rasa outdoor photography tu lagi penting or masa wedding tu eh?
murah ke?
any rock n roll photographers out there?
help me!

p/s: saya baru simpan rm3k with my junkie bf for our wedding.
average bodoh2 berapa ek nak simpan lagi?

xxx,
junkie brides.

i love junkies.

hello semua.
actually saya plan kahwin lagi 1 tahun setengah.
lepas saya habis degree.
dapat kerja and insya Allah, kahwin.
kalau dipermudahkan Tuhan....

saya saja set up blog kahwin untuk motivate kan saya.
motivate saya supaya suruh saya belajar bersungguh2,dapat degree,simpan duit,jaga badan (kurus), jaga adab, jaga tatatertib.

apa2 pon boleh jadikan?
Jodoh ditangan tuhan.
Saya terima.
=)

ataupun,saya migrate ke luar negara je kalau tak jadi.
=)

the junkie bride.

YOUR POP JUNKIE BRIDES.

hello people.after 6 month of blogging weds site, i thought 'why not' having one.
thanks for the info.
hope i can exchange links and info with you guys!

love
xxx
pop junkie brides.